Wednesday, January 12, 2011

Melayu Saya?



Para pelajar yang arif budiman,

Sila lihat gambar di sebelah kiri. Mengapakah Sirih Pinang menjadi lambang dalam masyarakat Melayu?

Kamu boleh membuat kajian ringkas mengenai fungsi sirih dan pinang dalam kehidupan orang Melayu. Kemudian, kamu bolehlah memberikan komen kamu tentang mengapa sirih dan pinang menjadi lambang dalam masyarakat Melayu. Komen kamu bolehlah sepanjang 50 patah perkataan.


Salam mesra,
Cikgu Azizah Bte Ahmad

8 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Ini kerana ia adalah satu simbol yang merupakan adat tradisi Melayu yang telah menjadi suatu keperluan di dalam beberapa majlis, seperti majlis Perkahwinan dan sebagainya.
    (pekanbudaya.blogspot.com)

    ReplyDelete
  3. Sirih dan pinang menjadi lambang dalam masyarakat Melayu kerana ia telah menjadi sesuatu kepastian dalam urusan nikah kahwin, perubatan tradisional dan banyak lagi sebagai contoh dimana sirih itu digunakan secara beradat.
    (http://www.pnm.my/sirihpinang/sp-kenal.htm)

    ReplyDelete
  4. Ia menjadi lambang dalam masyarakat Melayu kerana ia difahamkan sifatnya yang merendah diri dan sentiasa memuliakan orang lain. Ia menunjukkan yang orang Melayu sepatutnya bersifat and berkelakuan begitu.
    (http://pekanbudaya.blogspot.com)

    ReplyDelete
  5. Sirih dan pinang menjadi lambang dalam masyarakat Melayu kerana ia adalah satu simbol yang merupakan adat tradisi Melayu untuk kepastian dalam urusan nikah kahwin,perubatan tradisional. Sirih Pinang merupakan perkakasan penting dan satu kemestian dalam perkembangan budaya yang telah diwarisi dari nenek moyang mereka.

    ReplyDelete
  6. Sirih pinang merupakan bagian dari sopan santun dan saling menghormati dalam kebudayaan Melayu. Sirih pinang juga menjadi hiasan dalam pesta perkahwinan. Perjamuan antara keluarga mempelai laki-laki dan perempuan berlangsung dengan suguhan sirih pinang, hal ini menyimbolkan ikatan kekerabatan dua keluarga.

    (http://melayuonline.com/)

    ReplyDelete
  7. Sirih dan pinang sangat penting dalam masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Ia merupakan satu kemestian dalam perkembangan budaya. Ia juga adalah simbol kebudayaan juga. Sirih dan pinang juga adalah satu keperluan di majlis pernikahan.

    ReplyDelete
  8. Sirih Pinang menjadi pekakasan penting dan satu kemestian dan perkembangan budaya yang telah diwarisi dari nenek moyang kita. Ia menjadi sesuatu simbol kebudayaan dan menjadi satu segment di dalam adat istiadat budaya hingga kini. Kegunaanya menjulad dari aspek budaya seperti memakan sirih, perkahwinan, adat resam dan adat istiadat sehinggalah kepada pengunaan dalam perubatan tradisional.

    Source : http://www.pnm.my/sirihpinang/sp-kenal.htm

    ReplyDelete