Thursday, January 13, 2011

Sesi Bacaan Minggu 2 - Diari Aniza


Para pelajar arif budiman,

Sila baca cerita yang diberi. Cerita ini boleh didapati daripada lelaman NLB. Kamu dikehendaki mengenalpasti beberapa perkara dalam cerpen ini.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Diari Aniza?

2. Siapakah watak-watak yang terdapat dalam cerita ini?

3. Apakah pengajaran yang boleh diraih daripada cerita ini?

4. Apakah perkara yang boleh diterapkan dalam kehidupan kamu, berdasarkan bacaan kamu?

Sila letakkan catatan kamu dalam di bahagian Comments. Tugasan ini perlu diselesaikan sebelum hari Isnin, 17 Januari 2011.

Terima kasih.


Salam mesra,
Cikgu Azizah.Ahmad

7 comments:

  1. 1) Diari Aniza maksudkan sebuah buku yang digunakan Aniza untuk menulis tentang kehidupannya dan diari tersebut menolong Razak dan Abang Jefri untuk menyelesaikan misteri tersebut.
    2) Mereka ialah Mak Hasnah, Pak Hussien, Jefri, Razak, Radi, Nida dan Ah Tong.
    3) Pengajaran yang boleh diraih adalah, setiap perbuatan jahat ada balasannya.
    4) Pada pendapat saya, seperti Pak Hussien, semua ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak-anak mereka. Oleh kerana itu, kita tidak sepatutnya mengecewakan ibubapa kami sendiri.

    ReplyDelete
  2. 1. Diari Aniza maksudkan watak utama, ya itu Razak, untuk mencari alasan sebenarnya yang menyebabkan kematian kakaknya.
    2. Razak, Abang Jefri, Pak Hussein, Mak Hasnah, Radi, Nida dan Aniza.
    3. Setiap perkara yang berlaku, pasti ada hikmatnya. Dan dalam buku ini, mereka merujuk pada semua perbuatan yang salah memiliki kesan.
    4. Kita harus belajar bagaimana kita bolah menghadapi setiap cabaran yang kita harus mengatasi

    ReplyDelete
  3. 1)Diari Aniza maksudkan watak utama, Razak, mencari sebab kematian kakaknya selepas menjumpai sehelai kertas yang mencurigakan dari diari kakaknya.
    2)Mereka ialah Mak Hasnah, Pak Hussien, Jefri, Razak, Radi, Nida dan Ah Tong.
    3)Jika hendak mencari rezeki untuk keluarga, haruslah mencari cara yang halal supaya tidak menyesal pada masa depan.
    4)Kita harus menyelidiki sebuah masalah sebelum menuduh.

    ReplyDelete
  4. 1) Diari Aniza bermaksud bahawa wang boleh mempengaruhi manusia untuk melakukan hal-hal yang tidak benar.
    2) Watak-wataknya ialah Razak, Aniza, Mak Hasnah Pak Hussien, Jefri, Radi, Ah Tong dan Nida.
    3) Kalau kita membuat perbuatan yang jahat hanya untuk wang, wang itu tidak akan kekal dalam jangka masa yang lama.
    4) Kita tidak boleh menjadi orng yang mata duitan hingga rela untuk membuat perkara yang jahat walaupun mengorbankan nyawa seseorang.

    ReplyDelete
  5. 1. Diari Aniza bermaksud sebuah buku yang digunakan Aniza untuk menulis perasaannya dalam buku tersebut.
    2. Watak-wataknya ialah Aniza, Razak, Mak Hasnah, Pak Hussein, Jefri, Radi, Nida dan Ah Tong.
    3. Segala perbuatan pasti ada padahnya.
    4. Kami tidak boleh mengedar dadah.

    ReplyDelete
  6. 1) Buku Diari Aniza ialah sebuah diari yang Aniza menggunakan untuk mencatat perasaannya dan diari itu adalah pertolongan untuk mecari kesan kematian Aniza yang aneh.
    2) Ah Tong, Razak, Abang Jefri, Pak Hussein, Mak Hasnah, Radi dan Nida.
    3) Semua perbuatan ada kesan pada kamu atau ke orang yang dekat sama kamu seperti kawan dan keluarga.
    4) Kami harus tahu kesan sebelum membuat sesuatu.

    ReplyDelete
  7. Diari Aniza bukan seolah-olah sebuah diari ditulis oleh seorang perempuan bernama Anizah, tetapi tentang kehidupannya dan segala cabaran dihadapinya.

    Watak-watak yang terdapat dalam cerita ini adalah Aniza, Razak, ibu bapa mereka iatu Puan Hasnah dan Pak Hussien dan Jefri, suami Aniza.

    Jangan menuduh sesiapa tanpa bahan bukti kerana orang yang kamu menuduh itu sebenarnya memang tidak bersalah dan mungkin tidak akan mempercayai kamu lagi.

    Perkara yang boleh diterapkan dalam kehidupan saya adalah saya tidak boleh sebarang menuduh seseorang tanpa sebarang bukti.

    ReplyDelete