Gambar ini menunjukkan situasi di sebuah sungai yang amat besar. Kebanyakan daripada permukaan sungai telah dikepung oleh sampah-sarap. Terdapat sebuah sampan kecil yang sedang didayung oleh seorang pemuda. Dia sedang membawa beberapa lagi orang untuk ke darat. Mungkin itu adalah anggota keluarganya. Saya rasa mereka tingal di rumah-rumah yang terletak di atas sungai tersebut. Pada pendapat saya, mereka seharusnya jaga alam sekitar mereka kerana kalau sungai itu kotor, mereka akan menghadapi pelbagai masalah terutama sekali untuk ke darat. Setahu saya, kebanyakan orang yang tinggal berdekatan dengan sungai yang besar selalunya menyara hidup mereka dengan memancing ikan dan sebagainya. Mereka juga akan memusnahkan semua kehidupan di laut. Mereka harus sedar betapa pentingnya alam sekitar kepada manusia dan semua kehidupan di dunia ini. Mereka harus menghargai kesempatan ini kerana dapat menikmati alam sekitar. Mereka seharusnya berfikir tentang generasi seterusnya dan fikir yang mereka bukan seorang sahaja yang tinggal di situ. Mereka harus ingat yang ada banyak lagi orng yang tinggal di situ dan terpaksa harus tinggal dengan keadaan seperti itu. Akhir kata, saya rasa kami semua harus menghargai alam sekitar dan sentiasa menjaganya.
No comments:
Post a Comment