Wednesday, April 13, 2011

Perhubungan - Sarah 'Aqilah

Gambar ini menunjukkan dua orang gadis dalam tahun remaja mereka yang kelihatan gembira bersama. Saya rasa yang mereka adalah kawan yang amat rapat kerana mereka berdakapan secara ramah. Air muka mereka yang ceria menunjukkan yang mereka seronok berada dengan satu sama lain.


Saya dapat melihat yang warna rambut dan ton kulit mereka sedikit berbeza. Mereka mungkin berlainan bangsa. Ini memaparkan yang walaupun Singapura terdiri daripada bangsa yang lain, kami boleh menjadi kawan rapat.


Saya tidak mempunyai kawan yang serapat mereka tetapi saya memang mempunyai ramai kawan. Saya gembira apabila bersama mereka dan walaupun kami tidak bermain dengan kerap, kami masih agak rapat. Saya berharap yang saya akan bertemu dengan kawan yang akan bersama saya “selamanya” supaya saya tidak akan kesepian apabila dewasa nanti.

No comments:

Post a Comment