Ringkasan Puteri Bunian
Menurut lagenda, Puteri Bunian yang jelita, pernah menjelma pada waktu senja, di musim bulan mengambang, di Hutan Lipur Lata Kinjang, Perak, Malaysia. Walaupun kehadirannya hanya seketika, kerana tidak mahu dikenali, seorang hartawan Inggeris telah berhajat untuk melihat wajah puteri itu dan bercita-cita untuk mengahwininya.
Beliau sanggup membina sebuah banglo di dasar lata itu dan tinggal di situ semata-mata untuk menanti kehadiran Puteri Bunian. Penantiannya sia-sia kerana Puteri Bunian tidak berkunjung lalu hartawan Inggeris itu pulang kehampaan ke negara asalnya. Kini, banglo itu hanya tinggal rangka.
Puteri Bunian dikatakan tidak lagi menjelma setelah lata itu menjadi tumpuan ramai. (100 perkataan)
Ringkasan Mahsuri
Walaupun telah berkurun lamanya, Lagenda Mahsuri tetap terkenal hingga kini. Sehinggakan ianya dijadikan persembahan pementasan dan filem di Malaysia.
Menurut lagenda, kakak ipar Mahsuri telah menuduhnya bermukah dengan Deramang (seorang penyair kembara), semasa suami beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah.
Akibat tohmahan itu, Mahsuri dan Deramang telah dijatuhi hukuman mati. Namun, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuhnya kerana Mahsuri hanya boleh ditikam dengan tombak sakti.
Sebelum ajalnya, Mahsuri telah menyumpah Pulau Langkawi menjadi padang jarak padang terkukur selama tujuh keturunan. Oleh kerana beliau mangsa fitnah, beliau tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi dan darah yang mengalir dari tubuhnya turut berubah menjadi warna putih! (103 perkataan)
Pengajaran daripada cerita Puteri Bunian
Jangan seperti "burung terbang dipipiskan lada", kerana kita tidak tahu seandainya perkara itu akan pasti berlaku atau sebaliknya.
Pengajaran daripada cerita Puteri Bunian
Jangan sewang-wenangnya menuduh orang lain tanpa bukti yang nyata.
Bahan rujukan
Puteri Bunian : http://kedah2u.com/angker/lagenda-lata-kijang.html
Mahsuri : http://ms.wikipedia.org/wiki/Mahsuri
No comments:
Post a Comment