Friday, June 3, 2011

Lagenda Alam Melayu - Puteri Gunung Ledang oleh Sarah 'Aqilah Johari [S1-03]

A. Ringkasan cerita tersebut (tidak lebih daripada 100 patah perkat
aan)
Puteri Gunung Ledang adalah puteri jin yang tinggal di atas Gunung Mahligai. Dia mempunyai kekasih yang tinggal di atas Gunung Rundok.

Semasa bulan madu mereka setelah berkahwin, Putera mati akibat tikaman Puteri dengan jarum kerana ia merupakan sumpahan untuk Putera itu mati ditikam jarum. Puteri menangis dan bersumpah tidak akan berkahwin lagi.

Suatu hari, isteri Sultan Mahmud dari Melaka meninggal dunia. Sultan menolak beberapa calon kahwin dan bersetuju apabila dicadang untuk berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang. Dia menghantar sekumpulan orang untuk meminangnya. Puteri meminta barang-barang yang tidak munasabah daripada Sultan dengan sengaja kerana dia masih taat kepada arwah suaminya.

[Versi yang digunakan: Versi yang diterjemahkan ke Bahasa Inggeris]


B. Apakah pengajaran-pengajaran yang ingin disampaikan? Berikan dua pengajaran yang kamu perolehi.

Pengajaran pertama yang saya perolehi daripada cerita ini adalah yang kami patut selalu menyayangi orang-orang yang tersayan jikapun mereka sudah tiada di dunia ini.

Pengajaran kedua yang saya perolehi daripada cerita ini adalah yang kami tidak patut memungkiri janji kepada orang kerana walaupun orang itu mungkin lupa atau tidak tahu akan janji itu, kita akan menyesal dan tidak akan berasa senang jika bersama mereka.


C. Bahan rujukan - Bahan bacaan atau individu yang ditemuramah.

http://www.tourism-melaka.com/puterigunungledang.htm [Satu versi Puteri Gunung Ledang, diterjemahkan ke Bahasa Inggeris]

http://www.networkmalaysia.com/subtitle/facts/puterigunungledang.htm [Versi filem dari Malaysia]

http://www.cityturtle.com/Puteri_Gunung_Ledang.html [Versi lain]


No comments:

Post a Comment