Para pelajar arif budiman,
Ini adalah tugasan-tugasan untuk cuti persekolahan bulan November/Disember. Kamu telah diberikan salinan tugasan ini pada hari Khamis, 27 Oktober 2011, semasa penyemakan kertas peperiksaan akhir tahun.
Tugasan Lisan - 3 tugasan
Objektif : mempersiapkan diri untuk lisan.
Tugasan
- Pelajar perlu merakamkan bacaan lisan (teks bacaan) yang terbaik dengan menggunakan PhotoBooth - nama pelajar_teks
- Pelajar perlu merakamkan perbualan - gambar (berdasarkan soalan rangsangan) dengan menggunakan PhotoBooth - nama pelajar_gambar
- Pelajar perlu merakamkan perbualan - topik (berdasarkan soalan rangsangan) dengan menggunakan PhotoBooth - nama pelajar_topik
Tugasan ini harus diletakkan di Blog. Ia perlu disertakan dalam entri yang berasingan (Entri Bacaan, Entri Gambar, Entri Perbualan) selewat-lewatnya 25 November 2011, pukul 9 malam.
Tugasan Bacaan - 2 tugasan
Objektif : memperkasakan kosa kata.
Tugasan
- Pelajar perlu membaca sekurang-kurangnya dua buah buku cerita yang mempunyai tema persahabatan dan/atau hubungan keluarga.
Selepas membaca, para pelajar perlu membuat ulasan buku. Dalam ulasan buku, beberapa soalan harus dijawab. Ulasan ini haruslah sekurang-kurangnya 200 patah perkataan.
Soalan-soalan :
Siapakah watak-watak utama dan watak-watak sampingan?
Dalam cerita ini, apakah yang dimaksudkan dengan hubungan persahabatan &/ hubungan keluarga?
Jelaskan dua pengajaran yang dipelajari daripada cerita ini.
Tugasan ini harus ditaip dan diemel kepada Cikgu Azizah. Ia boleh dibuat dalam program Word atau Pages. Sila sertakan Nama, Kelas, Tajuk Buku, Penulis Buku. Ia harus dihantar selewat-lewatnya 2 Disember & 9 Disember 2011, pukul 9 malam.
Terima kasih.
Cg Azizah.Ahmad
Saya sudah terima tugasan cuti sekolah. (:
ReplyDelete- Nurain Iffah & Sharifa Suhailah
Saya sudah menerima tugasan cuti sekolah.
ReplyDeleteSaya sudah terima tugasan cuti sekolah.
ReplyDeleteSaya sudah terima tugasan cuti sekolah.
ReplyDeleteSaya sudah terima tugasan cuti sekolah~
ReplyDelete