2011 S1-03 S1-04 Higher Malay Language
Sunday, December 11, 2011
Friday, December 2, 2011
Thursday, December 1, 2011
Friday, November 25, 2011
Thursday, November 24, 2011
Thursday, November 17, 2011
Thursday, October 27, 2011
Tugasan Cuti Sekolah (Nov/Dis)
Ini adalah tugasan-tugasan untuk cuti persekolahan bulan November/Disember. Kamu telah diberikan salinan tugasan ini pada hari Khamis, 27 Oktober 2011, semasa penyemakan kertas peperiksaan akhir tahun.
Tugasan Lisan - 3 tugasan
Objektif : mempersiapkan diri untuk lisan.
Tugasan
- Pelajar perlu merakamkan bacaan lisan (teks bacaan) yang terbaik dengan menggunakan PhotoBooth - nama pelajar_teks
- Pelajar perlu merakamkan perbualan - gambar (berdasarkan soalan rangsangan) dengan menggunakan PhotoBooth - nama pelajar_gambar
- Pelajar perlu merakamkan perbualan - topik (berdasarkan soalan rangsangan) dengan menggunakan PhotoBooth - nama pelajar_topik
Tugasan ini harus diletakkan di Blog. Ia perlu disertakan dalam entri yang berasingan (Entri Bacaan, Entri Gambar, Entri Perbualan) selewat-lewatnya 25 November 2011, pukul 9 malam.
Tugasan Bacaan - 2 tugasan
Objektif : memperkasakan kosa kata.
Tugasan
- Pelajar perlu membaca sekurang-kurangnya dua buah buku cerita yang mempunyai tema persahabatan dan/atau hubungan keluarga.
Selepas membaca, para pelajar perlu membuat ulasan buku. Dalam ulasan buku, beberapa soalan harus dijawab. Ulasan ini haruslah sekurang-kurangnya 200 patah perkataan.
Soalan-soalan :
Siapakah watak-watak utama dan watak-watak sampingan?
Dalam cerita ini, apakah yang dimaksudkan dengan hubungan persahabatan &/ hubungan keluarga?
Jelaskan dua pengajaran yang dipelajari daripada cerita ini.
Tugasan ini harus ditaip dan diemel kepada Cikgu Azizah. Ia boleh dibuat dalam program Word atau Pages. Sila sertakan Nama, Kelas, Tajuk Buku, Penulis Buku. Ia harus dihantar selewat-lewatnya 2 Disember & 9 Disember 2011, pukul 9 malam.
Terima kasih.
Cg Azizah.Ahmad
Thursday, October 6, 2011
Kuiz Peribahasa
Thursday, September 29, 2011
Sunday, September 25, 2011
Peta Minda 1ML
Monday, September 12, 2011
Jadual Kelas
Sunday, September 4, 2011
Saturday, September 3, 2011
Friday, August 26, 2011
CUTI RAYA
1 HMT- Peta Minda (x2)
- Karangan (x1)
1ML- Peta Minda (x4)
- Karangan (x2)
**Peta Minda harus dihantar pada 4/9.
**Karangan harus dihantar pada hari 11/9.
Entri di Blog -> PetaMinda_1HML_No.Soalan
Kertas 2 (Jawapan) akan diberikan melalui HMT Blog pada 9/9
- Imbuhan
- Peribahasa
- Kefahaman Subjektif.
**Kertas 2 dihantar 12/9 pada guru.
Selamat bercuti! Dan Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir dan Batin.
Thursday, August 18, 2011
Tugasan untuk 19 Ogos
Maaf di atas ketidak hadiran saya. Ini adalah arahan untuk pelaksanaan tugasan.
Kelas 1HML – S103 & S104; 11 pg – 11.50 pg
1. Wakil kelas – Sharifa, S103. Dapatkan semua bahan-bahan di 'pigeon hole' saya. Kemudian, letakkan letakkan semua kertas-kertas dan buku Jurnal di atas meja saya di bilik guru.
2. Tugasan 1 - Dapatkan kertas latihan Nota Melengkapkan Teks – Latihan 1 & 2 (1HML & 1ML) daripada wakil kelas. Selesaikan tugasan ini dan hantar pada akhir kelas ini.
3. Tugasan 2 – Dapatkan Jurnal daripada wakil kelas. Buat penulisan untuk jurnal ini. Selesaikan tugasan ini dan hantar pada akhir kelas ini.
Terima kasih.
Cg Azizah.Ahmad
Thursday, July 28, 2011
Ujian Minggu 9.
Apa yang akan diuji:
- Kefahaman subjektif
- Imbuhan
- Prosedur kloz
(:
Monday, July 18, 2011
Pengingatan
Friday, July 15, 2011
Pengumuman
3 Ogos
Peperiksaan Lisan
- Mula 2.15 petang
- Kelas Melayu
25-29 Julai
Minggu Ujian
- Selasa, 26 Julai
- Surat Kiriman Tidak Formal
- 50 Minit
Jangan lambat untuk Ujian!
Berkerja dengan keras! Good Luck! (:
Thursday, July 7, 2011
Acara Bulan Bahasa
Ini adalah aktiviti-aktiviti yang dicadangkan untuk para pelajar. Acara ini pasti akan memanfaatkan penguasaan Bahasa Melayu kita. Kamu digalakkan untuk menyertai acara-acara berikut jika ada kelapangan.
Acara-acara
1. Memperkaya Bahasa dan Sastera - Sekilas Bersama Rasiah Halil
Tarikh : Sabtu, 16 Julai 2011
Tempat : Balai Rakyat Dover . Blk 1 Dover Road . #01-300 . (130001)
Masa : 11.30 pagi.
Tiada bayaran dikenakan .
2. Bengkel Dikir Barat
Tarikh : Sabtu, 16 Julai 2011
Tempat : Balai Rakyat Dover . Blk 1 Dover Road . #01-300 . (130001)
Masa : 3.00 petang .
Bayaran : $5.00/kumpulan (1 kumpulan- 6 org)
Bengkel Dikir Barat ini akan dikendalikan oleh Cikgu Djohan Abdul Rahman daripada Kumpulan Dikir Barat Andika yang telah memenangi beberapa kejuaraan di pertandingan Dikir Barat . Para peserta bengkel akan didedahkan kepada perkara-perkara asas dalam dikir barat seperti alat-alat yang digunakan, watak-watak dalam dikir barat serta menulis lagu dan
lirik dalam dikir barat. Para peserta juga akan berpeluang menunjukkan bakat diakhir bengkel dengan membuat persembahan. Sijil Penyertaan juga akan diberikan .
Mungkin kita boleh mempraktikkan apa yang dipelajari dalam bengkel ini dalam membuat persembahan untuk acara sekolah.
3. Gema Puisi
Tarikh : Sabtu, 23 Julai 2011
Tempat : Kelab Masyarakat Telok Blangah , 450 Telok Blangah St 31 (108943)
Masa : 3.00 petang
Tiada bayaran dikenakan .
Persembahan deklamasi serta lagu-lagu puisi daripada para pelajar dan juga penulis-penulis mapan & tempatan .
Penulis mapan yang akan hadir termasuklah Md Khair Md Yassin, Iswardy, Johar Buang dan ramai lagi . Inilah kesempatan untuk para pelajar ini bersua dan berkongsi pengalaman dengan mereka .
Sila nyatakan kesediaan kamu pada acara-acara berikut, tandakan acara (1), (2) dan/atau (3) di ruang 'Comment'. Kamu dikehendaki memberi jawapan selewat-lewatnya pada hari Jumaat, 9 malam.
Kita akan berjumpa di Pusat Pertukaran Bas Bukit Merah atau kamu boleh jumpa kami di tempat acara tersebut. Surat pengesahan ('consent form') akan diberikan pada minggu depan.
Terima kasih.
Cg Azizah.Ahmad
Tuesday, June 28, 2011
Legenda Alam Melayu - Pak Pandir dan Mak Andeh
Satu hari, Pak Pandir mengambil kereta api. Selepas mencari tempat duduk di kereta api, dia menyalakan paip itu.
Seorang wanita muda membawa anjing kecil duduk bertentangan dengannya. Selepas beberapa ketika, dia meletakkan paip di atas meja di hadapan mereka dan ditutup matanya, berpura-pura tidur.
Wanita itu menyangka bahawa dia sedang tidur. Dia dengan cepat mengambil paip dan mencampakkannya keluar dari tingkap kereta api yang bergerak. Beberapa minit kemudian, dia bangun untuk mencapai beg yang disimpan dalam rak bagasi atas beliau.
Pak Pandir mengambil peluang, dia mengambil anjing wanita dan membuang keluar tingkap. Dia melihat Pak Pandir.
" Anjing anda mendapatkan paip saya.”
Friday, June 3, 2011
Lagenda Alam Melayu - Puteri Bunian dan Mahsuri
Menurut lagenda, Puteri Bunian yang jelita, pernah menjelma pada waktu senja, di musim bulan mengambang, di Hutan Lipur Lata Kinjang, Perak, Malaysia. Walaupun kehadirannya hanya seketika, kerana tidak mahu dikenali, seorang hartawan Inggeris telah berhajat untuk melihat wajah puteri itu dan bercita-cita untuk mengahwininya.
Beliau sanggup membina sebuah banglo di dasar lata itu dan tinggal di situ semata-mata untuk menanti kehadiran Puteri Bunian. Penantiannya sia-sia kerana Puteri Bunian tidak berkunjung lalu hartawan Inggeris itu pulang kehampaan ke negara asalnya. Kini, banglo itu hanya tinggal rangka.
Puteri Bunian dikatakan tidak lagi menjelma setelah lata itu menjadi tumpuan ramai. (100 perkataan)
Ringkasan Mahsuri
Walaupun telah berkurun lamanya, Lagenda Mahsuri tetap terkenal hingga kini. Sehinggakan ianya dijadikan persembahan pementasan dan filem di Malaysia.
Menurut lagenda, kakak ipar Mahsuri telah menuduhnya bermukah dengan Deramang (seorang penyair kembara), semasa suami beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah.
Akibat tohmahan itu, Mahsuri dan Deramang telah dijatuhi hukuman mati. Namun, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuhnya kerana Mahsuri hanya boleh ditikam dengan tombak sakti.
Sebelum ajalnya, Mahsuri telah menyumpah Pulau Langkawi menjadi padang jarak padang terkukur selama tujuh keturunan. Oleh kerana beliau mangsa fitnah, beliau tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi dan darah yang mengalir dari tubuhnya turut berubah menjadi warna putih! (103 perkataan)
Pengajaran daripada cerita Puteri Bunian
Jangan seperti "burung terbang dipipiskan lada", kerana kita tidak tahu seandainya perkara itu akan pasti berlaku atau sebaliknya.
Pengajaran daripada cerita Puteri Bunian
Jangan sewang-wenangnya menuduh orang lain tanpa bukti yang nyata.
Bahan rujukan
Puteri Bunian : http://kedah2u.com/angker/lagenda-lata-kijang.html
Mahsuri : http://ms.wikipedia.org/wiki/Mahsuri
Lagenda Alam Melayu - Pahlawan Melayu oleh Nurain Iffah (06) S104
A. Ringkasan cerita tersebut (tidak lebih daripada 100 patah perkataan)
Hang Tuah, Hang Jebat dan rakan-rakan pahlawan mereka pergi ke suatu tempat untuk belajar cara berperang. Selepas itu, mereka balik ke kampung masing-masing. Pada suatu hari, terdapat serangan di kampung. Kelima-lima kawan itu berlawan dan bertahankan keamanan di kampung tersebut. Antara mereka, Hang Tuah berlawan dengan terbaik. Sultan kampung itu menyatakan Hang Tuah sebagai pengawalnya. Hang Jebat mula iri hati kerana Sultan memilih kawan terbaiknya daripadanya. Kemudian, Jebat membuat kesalahan dan Hang Tuah disuruh oleh Sultan untuk membunuh kawannya. Selepas bergaduh, Hang Jebat yang menjadi juara, kerana dapat membunuh Hang Tuah.
B. Apakah pengajaran-pengajaran yang ingin disampaikan? Berikan dua pengajaran yang kamu perolehi.
Daripada cerita ini, saya telah belajar bahawa kita patut menghargai persahabatan kita dan jangan membuat pengorbanan kepada persahabatan itu hanya untuk keuntungan peribadi kita, atau kerana seseorang meminta kami untuk membuatnya. Juga, kita tidak patut membiarkan orang lain untuk menjejaskan fikiran kita. Kita harus berfikir untuk diri kami sendiri, dan membuat keputusan dengan sendiri, jika ia betul atau salah.
C. Bahan rujukan - Bahan bacaan atau individu yang ditemuramah.
http://en.wikipedia.org/wiki/Hikayat_Hang_Tuah
Bapa saya
Lagenda Alam Melayu- Badang oleh Fathiah (s1-03)
Ringkasan Cerita