Thursday, April 28, 2011
Pilihanraya 2011 - pengalaman saya
Para pelajar arif budiman,
Pada hujung minggu ini, bahang pilihanraya semakin terasa. Ada baiknya kita menggunakan peluang ini untuk mengalami apa yang katakan pilihanraya. Ada tugasan yang perlu dilakukan. Sila luangkan masa untuk mengikuti acara-acara pilihanraya bagi mana-mana parti yang kamu inginkan.
Tugasan A
1. Kamu boleh menghadiri 'rally' secara fizikal. Bagi tugasan ini, sila pastikan kamu mendapatkan keizinan daripada ibu bapa kamu.
ATAU
2. Kamu boleh melungsuri lelaman internet untuk mengikuti apa yang dibincangkan dalam sesi 'rally' yang diadakan.
Tugasan B
1. Berikan komen-komen kamu pada soalan-soalan ini.
Soalan 1 : Apakah yang kamu lihat dalam acara 'rally' tersebut?
Soalan 2 : Apakah reaksi para penonton pada ketika itu?
Soalan 3 : Apakah yang kamu rasa apabila mengikuti 'rally' tersebut?
Soalan 4 : Apakah yang kamu pelajari daripada aktiviti?
2. Letakkan komen-komen kamu di ruang 'Comment' di bawah entri. Kamu diberikan hingga Khamis, 5 Mei 2011.
Salam mesra
Cikgu Azizah.Ahmad
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1.)Saya ternampak ramai orang-orang dari yang berasal dari banyak persekitaran di Singapura.Saya juga ternampak banyak bendera-bendera parti yang mengadakan 'rally' tersebut.Ada juga beberapa wakil-wakil parti tersebut yang membincangkan tentang hal politik.
ReplyDelete2.)Para penonton berasa kagum dan ragu-ragu tentang apa yang parti tersebut sedang berbincang.Mereka juga berasa lega dan gembira apabila parti tersebut berjanji untuk menolong warga-warga Singapura.
3.)Saya rasa lebih lega kerana dapat mengetahui tentang situasi politikal Singapura berbanding dengan mengikuti sahaja tanpa mengetahuinya.Saya juga lebih matang apabila ibu bapa saya sedang berbincang tentang situasi politik Singapura.
4.)Saya telah belajar tentang bagaimana orang akan memilih parti berkuasa dengan perjanjian yang dijanji oleh parti tersebut dan juga hubungan mereka dengan masyarakat.
1. Saya lihat ramai orang dengan bendera yang menunjukkan pasukan yang mereka sokong di sana.
ReplyDelete2. Reaksi para penonton adalah mereka rasa kagum apabila parti yang mereka sokong bercakap.
3. Saya rasa seperti saya baru pertama kali di 'rally' itu kerana itu memang kali pertama saya pergi ke 'rally' sebegini.
4. Saya telah belajar bahawa kita harus tahu tentang situasi politik Singapura apabila kita muda kerana kalau kita tidak tahu bagaimana untuk pilih parti apa untuk disokongkan, kita boleh pilih yang salah dan Singapura boleh jadi lebih teruk.
1. Saya melihat banyak bendera-bendera dan juga banyak pemuda dan warga tua di situ. Kelihaan banyak orang yang menyokong grub itu.
ReplyDelete2. Para penonton kelihatan amat ghairah di situ dan mereka benar-benar teliti ketika ahli grub yang mereka sokong itu sedang memberi ceramah.
3. Saya rasa sedikit ragu kerana janji-janji yang mereka membuat kepada penyokong mereka amat susah dicapai.
4. Saya rasa politik di Singapura amat penting dan keputusan kami untuk undi ini amat penting dan akan mengubahkan masa depan. Jadi, kami harus membuat keputusan yang boleh menjaminkan masa depan yang cerah.
Soalan 1 : Saya melihat tempat tersebut dihiasi dengan bendera parti pembangkang yang sedang berbicara pada masa tersebut. Terdapat ramai orang juga yang telah ke tempat tersebut.
ReplyDeleteSoalan 2 : Mereka memberi penuh perhatian kepada apa yang dibicarakan parti pembangkang.
Soalan 3 : Saya boleh merasakan ketegangan semasa parti pembangkang sedang berbicara dan penonton sedang fikirkan parti yang mana harus dipilih.
Soalan 4 : Saya telah mempelajari bahawa kita harus mengambil iktibar tentang situasi politik yang sihat sahaja di Singapura yang penuh berbilang kaum.
Soalan 1 : Ramai orang yang berada di tempat tersebut untuk mendengar parti-parti berlainan yang sedang bercakap di situ.
ReplyDeleteSoalan 2 : Mereka berikan penuh perhatian kepada apa yang dikatakan oleh parti-parti berlainan kerana ramai daripada mereka harus mengundi dan pengundian mereka penting kerana akan menjejas negara kita.
Soalan 3 : Saya tidak begitu faham tentang perkara-perkara 'rally' dan saya hanya dapat berharap yang rakyat Singapura akan membuat keputusan yang betul untuk Singapura.
Soalan 4 : Saya belajar tentang bagaimana parti-parti bercakap untuk mendapat orang untuk mengundi untuk mereka.