Salam sejahtera para pelajar arif budiman,
Ini adalah arahan untuk tugasan bulan Jun. Ia adalah tugasan individu. Tugasan ini harus diselesaikan dan dihantar pada hari Jumaat, 3 Jun 2011 pada pukul 9 malam. Tugasan yang dihantar lambat akan dipotong markah - sila emel pada guru jika sudah memuat naik bahan ke dalam blog Melayu. Guru akan memaklumkan melalui emel.
Bahan-bahan yang akan dikongsi akan digunakan dalam 'Performance Task' pada bulan Julai nanti. Markah akan diberikan pada tugasan individu ini. Ia akan dimasukkan ke dalam 'Performance Task' kamu. Oleh itu, sila pastikan kamu memasukkan maklumat-maklumat yang terperinci dan menyeluruh.
1. Sila buat kajian tentang Lagenda dalam alam Melayu. Ini tugasan bagi setiap individu.
Sarah - Puteri Gunung Ledang
Fathiah - Badang
Danish - Pak Pandir & Mak Andeh
Sharifa - Naga Tasik Cini & Batu Belah Batu Bertangkup
Iffah - Pahlawan Melayu = Hang Tuah, Hang Jebat & rakan-rakan pahlawan (5 sekawan)
Harriz - Nenek Kebayan & Bawang Putih & Bawang Merah
Imanni - Puteri Bunian & Mahsuri
2. Bahan rujukan - buku, petikan akhbar, sumber internet mengenai lagenda yang kamu selidiki. Kamu juga boleh bertanya pada ahli keluarga tentang cerita-cerita tersebut.
3. Maklumat yang diperlukan :
A. Ringkasan cerita tersebut (tidak lebih daripada 100 patah perkataan)
B. Apakah pengajaran-pengajaran yang ingin disampaikan? Berikan dua pengajaran yang kamu perolehi.
C. Bahan rujukan - Bahan bacaan atau individu yang ditemuramah.
4. Letakkan dalam 'Subject Blog'
- Entri baru 'Lagenda Alam Melayu - ________(nama lagenda tersebut) oleh _______ (nama kamu)'
- Masukkan maklumat-maklumat yang dikumpulkan
- letakkan gambar-gambar yang sesuai (dalam dua atau tiga gambar)
5. Rubrik Pemarkahan (Markah Penuh : 20 markah)
Selamat Berusaha. Terima kasih.
Salam sayang,
Cikgu Azizah. Ahmad
No comments:
Post a Comment