Sunday, May 29, 2011

Lagenda Alam Melayu - Batu Belah Batu Bertangkup & Naga Tasik Chini oleh Sharifa Suhailah S103

A. Ringkasan Cerita:


Batu Belah Batu Bertangkup:- Terdapat tiga beradik, Melur, Pekan dan ibu mereka, Mak Tanjung. Ayah mereka, Pak Kantan telah meninggal dunia ketika Melur dan Pekan sedang membesar. Setelah suaminya meninggal, Mak Tanjung tidak berselera untuk makan, tetapi pada suatu hari, Mak Tanjung ke sungai untuk menangguk ikan. Seleranya kembali setelah mendapati ikan yang ditangguknya bertelur. Mak Tanjung amat suka dengan telur ikan dan ingin memakannya setelah beliau ke perigi untuk mandi dan membasuh kain. Apabila dia kembali, dia dapati telur ikan itu telah dimakan oleh Pekan dan ke sebuah gua untuk mati. Gua itu dipanggil Batu Belah Batu Bertangkup.


Naga Tasik Cini:- Di negeri Pahang terdapat sebuah tasik yang dinamakan Tasik Chini. Pada masa dahulu, tasik tersebut ialah sebuah hutan dan Orang Asli dari puak Jakun menjadikan tempat itu sebagai tempat tinggal mereka. Mereka bekerja keras untuk membersihkan hutan itu. Pada suatu hari, tiba seorang wanita tua yang muncul dan mencucukkan tongkatnya dalam tanah dan memberitahu Orang Asli tersebut untuk tidak cabut tongkat tersebut walaupun apa sahaja yang terjadi. Tidak lama kemudian, darah memancut dari kayu itu dan tongkat itu dicabut dari tanah. Air memancut keluar dan keadaan dalam kucar-kacir. Semua orang telah meninggal kecuali orang lelaki tua. 


B. Pengajaran:


Batu Belah Batu Bertangkup:- 1) Kita harus selalu membuat ibu bapa kita gembira dan memenuhi permintaan mereka. 2) 


Naga Tasik Chini:- 1) Kita harus selalu dengar dan patuhi arahan yang diberi. 2) 


C. Bahan Rujukan:


Siri Bukuku Temanku: Batu Belah Batu Bertangkup oleh Timah Baba. Penerbut Fajar Bakti Sdn. Bhd.\
Koleksi Cerita-Cerita Rakyat 



No comments:

Post a Comment